Mutiara Kata_Klasiikasi

 A D A B / SOPAN SANTUN

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle).
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam. (Budiman).
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak, oleh karena itu  untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (Imam Al-Ghazali).
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).
  • Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. (Hamka).
  • Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. (maksud hadis).

   A D A T

  • Bagaimana juapun, kita hidup mesti beradat, dihapus adat lama pasti timbul adat baru. (Hamka).
  • Habis adat kerana kerelaan. (Pepatah Melayu).
  • Adat juara berkalah menang. (Pepatah Melayu).
  • Adat hidup tolong-menolong, dunia balas-membalas dan adat syariat palu-memalu.. (Pepatah Melayu).

  A D I L

  • Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).
  • Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).
  • Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).
  • Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. (Hamka).
  • Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. (Saiyidina Umar Al-Khatab).
  • Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. (Hamka).
  • Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya. (Hukama).
  • Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya. (Hukama).

   A N A K

  • Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. (Hamka).
  • Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka. Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. (maksud hadis).
  • Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya. (maksud hadis).
  • Anak yang ditinggalkan ayah (yatim) sangat jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).
  • Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tupuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. (Hamka).
  • Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa. (Hamka).

   A K A L

  • Apabila sempuran akal, kurang perkataan. (Saidina Ali Abi Talib).
  • Orang yang berakal  tidak akan berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah karena kekurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh. (‘Ulama).
  • Sifat pemarah adalah musuh utama akal. (Saiyidina Ali Abi Talib).
  • Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. (Lukmanul Hakim).
  • Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. (Saiyidina Ali Abi Talib).
  • Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. (Saiyidina Ali Abi Talib).
  • Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. (Saiyidina Ali Abi Talib).
  • Akal yang sihat daripada badan yang sihat. (Lidah pendeta).
  • Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. (Hamka).
  • Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. (Hamka).
  • Salah satu tugas agama ialah memelihara akal. Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir, merenungkannya. (Hamka).
  • Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. (Hamka).

   AGAMA & KEPERCAYAAN

  • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. (Hamka).
  • Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama. (Hamka).
  • Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh kalau suruhan itu tidak membawa selamat dan bahagia dalam  jiwa. (Hamka).
  • Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang. (Hamka).
  • Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu 1- perasaan malu,  2-enggan mendekati suatu yang tercela,  3-boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup (amanah), benar dan jujur. (Hamka).
  • Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia.Tetapi kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. (Hamka).
  • Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain. (maksud hadis).
  • Kepercayaan agama menjelaskan bahawa manusia makhluk yang termulia darjatnya di dalam alam. Penganut-penganut tiap-tiap agama mempercayai bahawa penganut agamalah yang paling mulia. (Hamka).

  BANGSA / KAUM

  • Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah merupakan suatu tanda bukti kebesaran Ilahi Robbi. (Hukama)
  • Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesama manusia telah melakukan kesalahan.Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja.yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah.Mengapa mahu dijajah?Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih. (Hamka).
  • Bangsa yang ingin maju mestilah memajukan bahasanya. (Choos)
  • Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka.Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin ).
  • Tiada kelebihan di antara orang Arab dengan bukan orang Arab dan tidak ada kelebihan di antara kulit putih dan kulit hitam, begitu juga sebaliknya. Semuli-mulia kamu ialah orang yang bertakwa. (maksud hadis).
  • Bangsa Rom pada masa dahulu sangat kuat berusaha dan rajin bekerja sehingga berjaya kep uncak ketinggian.Namun,setelah ditimpa penyakit lalai dan malas,peradaban yang ditegakkan oleh nenek moyang mereka runtuh sedikit demi sedikit .Ketika itu mereka menyangka berusaha dan bekerja itu bukan pekerjaan orang yang merdeka tetapi pekerjaan bdak-budak. (sejarahwan)
  • “Wahai manusia! Sesungguhnya telah Kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita,  dan Kami jadikan kamu  bergolongan (suku)  dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal-mengenal  diantara satu dengan yang lain. Sesungguhnya orang yang  paling mulia  di sisi Allah ialah  orang yang paling bertaqwa.   Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Menyelidiki. (Maksud ayat al-Quran 49:13)

  B A H A S A

  • Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (pepatah Melayu)
  • Barangsiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum, nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. ( Peribahasa Arab ).
  • Dalam seni bahasa kita, adalah ‘kunci’ kata-kata itu yang harus diperhatikan.Disinilah terletak halusnya,walaupun hanya empat atau lima baris. (Hamka)
  • Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa,beerti menumbuhkan fikiran bangsa.Bahasa itu adalah jiwa bangsa.(Sutan takdir)
  • Bahasa tidak boleh dijual beli. (peribahasa).

  B A I K

  • Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. (peribahasa)
  • Sifat baik ialah tidak pernah putus- asa dan tidak pernah gentar. (Marsekal Foch).
  • Hendaklah selalu berbuat baik dan jauhkanlah pekerjaan maksiat. ( maksud hadis).
  • Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).
  • Penonton sering melihat lebih baik daripada yang bermain. (Francis Becon).
  • Kita harus yakin bahawa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik. (Hamka)
  • Cita-cita dan niat yang baik mesti disertai dengan usaha dan jalan yang baik untuk melaksanakannya. (ahlul hikmah)

  BAHAGIA / GEMBIRA

  • Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam Al-Ghazali).
  • Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. (Saiyidina Ali Abi Talib).
  • Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. (Hamka).
  • Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. (Hamka).
  • Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. (maksud hadis).
  • Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. (maksud hadis).
  • Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda. (mutiara hikmah)
  • Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya. (Hukama)
  • Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain. (mutiara hikmah)
  • Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka. (maksud hadis)
  • Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa. (Akhyar hukama)
  • Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang. (Hukama)

  B E N A R

  • Benar jadi berani. (pepatah China)
  • Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki.
  • Orang yang merasai menang sementara kerana menentang kebenaran, tetapai kebenaran itu akan mentertawakannya juga. (Hamka)
  • Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran. (Bijron)
  • Benar tidak akan melukakan oarang yang memberitahunya. (Chamberlain)
  • Katakan yang benar, sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang. (Hadis)
  • Wahai saudagar! Ambillah yang benar,nescaya kamu selamat.Janganlah kamu menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperolehi keuntungan yang banyak. (Saiyidina Ali)
  • Berani kerana benar, takut kerana salah. (pepatah Melayu).
  • Benar akan menang  karena KEBENARAN memanglah KEMENANGAN.
  • Tidak ada yang lebih benar selain kebenaran itu sendiri. (Hukama)
  • Kebenaran tidak dapat dimusnahkan oleh air dan api. (peribahasa Tibet).
  • Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak tahu bahawa yang ditolakkanya itu benar. ( Hamka).
  • Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. (Hamka).
  • Tiga rukun yang benar dan perlu dalam mencapai utama iaitu dengan tabiat, dengan pengalaman dan dengan pelajaran.Adapun musuh yang sentiasa menghalangi manusia mencapai keutamaan ialah hawa-nafsu yang menyebabkan marah.dengki (hamka).
  • Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)
  • Katakanlah yang benar dan adil, sebab benar dan adil adalah satu. (Hamka)
  • Kesombongan tidak dapat bertahan di hadapan kebenaran. (Hamka)
  • Yang benar tidak terikat dengan waktu. (Hamka).
  • Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran adalah orang yang lemah. (Hamka).

  SAHABAT

    • Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
    • Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
    • Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
    • Teman itu ada tiga jenis :
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

 

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s